Powered By Blogger

Wednesday, March 20, 2019

Apakah erti sebuah kesyukuran?

Ding... Jam berdetik menandakan sudah 12 malam hari Rabu rupanya. Hasrat hati nak tido awal hari ni kecundang lagi buat kesekian kalinya. Tak dapat nak tahan nak kena tulis juga malam ni rasa tak bole tangguh mau buat tak bole tido malam pulak nanti. Terbaca tadi sebuah kisah di Fb, keluar cerita tentang seorang ibu berusia 14 tahun berstatus anak yatim piatu dan OKU melahirkan seorang bayi comel yang tidak diketahui siapa bapa kepada bayi itu. Sayu hati yang dari awal malam tadi terpaksa ditahan akhirnya tak dapat nak tahan bila terbaca kisah ibu muda ni. Jatuh jua air mata dan kisah ini membuatkan aku tersedar yang betapa kita ni manusia tak reti erti sebenar sebuah kesyukuran. Mungkin kerana dah terbiasa dapat apa yang kita inginkan? Mungkin sebab dah terbiasa hidup tak pernah tempuh kesukaran kesusahan kesakitan sampai walaupun bibir kita pandai ucapkan kalimat Alhamdulillah namun hati tu langsung tak dapat nak rasa. Malunya rasa bila nak diukur tahap ujian kita dengan orang lain jauhnya bagai langit dan bumi. Malunya rasa aku ni bukan manusia yang kuat sebab ujian aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain ukurannya tak seberapa pun, itu pun dah merungut macamla aku ni manusia paling malang kat atas muka bumi ni. Lemahnya iman aku sebab setakat ini je ujian yang aku mampu tanggung. Dang.. when do I'm going to learn the real meaning of syukur? Jauh lagi perjalanan menuju ke arah itu. The perfection of connection between me and Him. Ahhh apakah suatu nikmat untuk merasa akan hadir dalam jiwa dan hidup aku ni? Aku nak jadi manusia yang dapat merasa dengan hati. Nak jadi manusia yang redho, yang syukur, yang tau dan sedar apa itu ertinya berTuhan. Jauh lagi perjalanan untuk sampai ke tahap itu. Moga2 detik itu akan hadir tak lama lagi. In the meantime, wipe my own tears, chin up, smile and let's go to sleep. Till next time.


With Love,
-Ana-

No comments:

Post a Comment