Powered By Blogger
Showing posts with label budak pandai. Show all posts
Showing posts with label budak pandai. Show all posts

Friday, August 19, 2016

4 mainan yang patut semua anak2 ada untuk perkembangan intelektual mereka

Ala... Baru je habis tengok pasangan badminton regu Malaysia telah kalah dalam perlawanan akhir badminton di sukan Olimpik Rio 2016. Maknanya kita dapat silver lagi, yeay!! (start tulis malam semalam, hari ni baru habis hehe) Tahniah diucapkan pada pasangan regu campuran badminton negara. Begitu juga dgn atlit terjun regu wanita yg memenangi pingat perak dan tak lupa pada azizulhasni awang yg telah memenangi pingat gangsa. Performance atlit Malaysia kali ni nampaknya agak memuaskan. Tak sabar rasanya nak tunggu acara seterusnya.

Assalamualaikum semua.. Kali ni nak citer sikit pasal pilihan mainan my lil hooty. Mainan Hud sebenarnya tak adala special sangat sampai semuanya yang educational sangat je tapi ada beberapa mainan yang patut semua toddlers ada untuk mulakan pembelajaran awal mengenal huruf dan nombor serta perkembangan kognitif mereka. 

1. ABC Blocks
Mainan ni sangat best dan versatile. Satu, ada huruf abc dan nombor. Dua, kat tepi tu ada gambar yang  perkataan dia bermula dari huruf tu. Contohnya, pada blok yang ada huruf B ada gambar bee pada side yg sebelahnya. So, boleh la kita gunakan "B is for bee". Atau boleh juga kita gunakan blok ni untuk eja perkataan yan simple seperti "jam" "art" dan sebagainya. Selain daripada tu, boleh juga digunakan untuk stacking. Anak2 boleh gunakan blok ni untuk bina tower dan sebagainya.




ABC blocks (sumber: google)

2. Shape Sorter
Ha.. yang ni pun penting juga. Takkan nak belajar ABC 123 je kan? Yang lain pun mesti kena belajar juga. Apa yang kita dapat belajar dgn mainan ni ialah warna, bentuk dan juga dapat melatih kemahiran motor anak2 kecil anda. Ada banyak jenis shape sorter ni. Ada bentuk bola, bentuk rumah, bentuk cube, macam2 lagi. Tak kisah la bentuk apa pun sama je. Kalau ada bajet lebih boleh je nak beli yang mahal tetapi yang basic dan murah pun bagus juga. Yang paling penting cara kita gunakannya. Creativity is the key.

Shape sorter ball (sumber: google)


3. Bola
Bola saaangat bagus untuk anak2. Boleh bermula dari baby kecil. Mereka boleh ikut pergerakan bola dengan mata mereka. As they get older they can kick, throw and catch balls. Boleh buat ball pits, atau boleh je baling bola masuk dalam bakul  Atau tendang bola masuk gol. Boleh juga main throw and catch. Diingatkan di sini bahawa bukan anak lelaki je yang boleh atau perlu didedahkan dengan bola, anak perempuan juga bagus bermain bola. 
Masa baru balik dari UK Hud umur 2 tahun takda bola lagi pastu mak ayah I yang asyik suruh belikan Hud tu bola. "Abang (ni adik kita) dulu tak pandai jalan lagi tendang bola kuat2" pastu ada lagi, "Amzar (ni pun adik kita) tu umur tiga tahun Ba dah bawa dia main badminton". Okla, belikan dia bola la kan, kita tak nak anak kita jadi gila pula sebab tak cukup main, hehe. Walau skema mana pun anak kau main bola mesti diorang suka.

.Play catch (sumber: google)  


4. Blocks
Untuk perkembangan intelektual anak2, blocks adalah sangat bagus. Blocks ni macam Lego, Megabloks, dan macam2 lagilah brand lain. Saiz blok mesti sesuai dengan umur anak2. Contohnya brand Lego ada Duplo yang bersaiz besar daripada Lego biasa untuk toddlers. Macam Megablok pula memang saiz besar so memang sesuai untuk tangan kecil si manja anda. Kenapa saiz penting? Selain daripada mudah untuk anak2 pegang, safety issue juga memainkan peranan penting. Saiz mainan yang kecil amat berbahaya dengan risiko tertelan dan sebagainya. Tapi tau2 je la benda alah ni semua mahal giler kat Malaysia. So, kalau kurang bajet belikan je yang dari China pun takpe asalkan boleh cantum dan cabut dengan mudah bersesuaian dengan umur anak anda. Yang penting sekali blok ni boleh digunakan dari baby start merangkak sampai la umur prasekolah. Di peringkat awal, mereka akan bermula dengan stack dan susun blok2 ni. Semakin menigkat usia mereka, mereka akan mula membina sesuatu seperti bangunan ke atau buat animals  ke.  

Duplo Lego (sumber: google)


Mega Blok (sumber: google)

These 4 toys can be played as early as they start to crawl. Tapi abc blok yang kayu tu berat tau, kena monitor lebih sikit sebab kang ada yang baling kena kepala mau menjerit satu kampung dengar, if you know what I mean. 

Ok, nak bagi reminder sikit je. Kalau boleh jangan bagi anak2 mainan seperti superheroes atau princess diperingkat awal. Satu, sebab tak membantu perkembangan minda. Dua, tahyul dan tak realistik. Tiga, sebenarnya bahaya juga sebab kalau korang pernah dengar berita2 seperti kanak2 berangan jadi superhero pastu terjun bangunan sebab dia ingat dia boleh terb ng macam superhero tu. Kalau dah besar sikit takpela kalau boleh kawal jangan bagi mereka ingat yang benda ni betul. Contohnya lepas tengok citer Boboiboy, cakapla kat diorang Boboiboy ni bukan betul pun saje seronok2 je. Something like that la. Jangan galakkan anak2 jadi macam diorang sudah. Nak halang terus pun tak boleh juga kan. Lagi baik dedahkan mereka dengan kisah para Nabi atau para sahabat dan jadikan mereka superhero atau idol mereka. Tapi, kalau dah start bagi janganlah tiba2 terus rampas dari diorang. Diorang sayang mainan diorang. Itu harta mereka. Slowly kurangkan kebergantungan mereka pada watak yang tak real. 
"Kawan2 nak jadi superhero yang sebenar? Jadilah subuh warrior" Islam is first class, ngeeee......

Wallahualam. Yang baik dariNya dan yang buruk dari pihak saya sendiri. Jadikan tulisan ini sebagai satu guideline yang santai je. Banyak lagi sumber yang pakar dan sahih yang perlu dijadikan rujukan. Later, maybe  nak share kepentingan membaca di usia yang awal.

Sekian, majulah sukan untuk negara.  



Rujukan:
1. http://www.parents.com/baby/development/intellectual/3-best-toys-for-intellectual-development/
(Sori la rujukan dahlah satu je tak senonoh pulak tu cara merujuk)

Kenapa kita nak anak kita pandai sebenarnya?

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Harap semuanya sihat dan yang tak sihat tu banyakkan bersabar. Ketahuilah sesungguhnya laughter is the best medicine.
Anyway, this is my first post for this old blog. Its been years since I wanted to write tetapi sekarang baru bertemu dgn ilham. Heeee.
So first topic I would like to discuss is about how important it is to raise a happy child. Tadi, ada terbaca satu artikel yang menceritakan tentang seorang kanak2 kecil yang berusia baru tujuh tahun dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa disebabkan tekanan belajar. Beliau merupakan pesakit yang termuda di hospital tersebut. Kesian kan? Tak tau macam mana boleh jadi macam tu tapi rasanya perkara ni terjadi disebabkan ibu bapa yang pentingkan diri. Apa yang penting? Anak saya pandai lebih dari org lain sebab nak tunjuk kat org sebab nak rasa bagus.
Sedar tak ni sebenarnya satu penyakit manusaia yg tak faham kenapa kita hidup kat dunia dan tak faham apa tujuan hidup. Ok, kita nak anak kita pandai tapi kita fikir tak kenapa kita nak anak kita pandai? Untuk bangga diri? Atau untuk kebaikan anak itu sendiri? Atau untuk matlamat yg lebih besar untuk kebaikan masyarakat. Kalau untuk kebaikan anak mesti kita tau kan bila masa dia upset bila masa dia gembira. Pay attention to your kids please. Jangan paksa anak kita jadi zombie. Dalam Islam ajar kita di bawah umur tujuh tahun, anak kita dilayan seperti raja. Ok, that's the key.
Layan anak macam raja? Apa maksudnya? Adakah dgn bagi all sugary foods, watch tv or youtube all day long, beli mainan segunung tinggi itu layan macam raja? Bukan... Itu namanya menjahanamkan anak ye.. Layan anak mcam raja ni maksudnya jangan marah anak tu. Jangan paksa anak tu. Ucapkan perkataan yang manis2 seperti "I love you" sebanyak yg mugkin atau pujian seperti "anak ummi ni baiklah tlg ummi, terima kasih", atau "cantiknya anak ummi kaler" padahal contiang terhebat didunia.
Katalah anak tumpahkan air jangan dimarah, ajar dia amek kain lap sama2 air tumpah. Kalau dia tak nak lap biar je dia tengok kita lap sambil tu cakaplah kat anak, "takpe air tumpah kan boleh lap.. Nak tlg ummi? Tak nak? Takpe.. Next time kena hati2 ok?" Peluk anak cium anak. Buat selalu. Eye contact dgn anak itu penting. Sehari buat seribu kali pun takpe.
Memang susah kdg2 termarah juga tapi bukankah ini peluang kita untuk improve diri kita juga supaya bersabar dan jadi insan yg lebih baik? Anger management kan? Jangan lupa kalau kita buat silap kita harus minta maaf. Jangan kita ingat dorg kecik lagi tak faham apa kita kata. Treat them with respect and honour their opinions. Buangkan ego kita sebagai org yg berada di atas. Jadilah org yg ikhlas dlm mendidik anak2. Explain to them one by one. Di usia yg muda mereka masih dalam fasa nak tau sebab dan akibat untuk perkara yg paling kecik cthnya lompat dari tempat yang tinggi sbb tu budak2 suka memanjat. Jadi ambil peluang ini untuk membentuk peribadi anak2. Tak mungkin sempurna tapi kita cuba yg terbaik. Dan yg paling penting cerdik eq mendahului cerdik iq.
Dan untuk mereka yg rasa nak anak kecik pandai, ada caranya bukan dgn cara drill anak2 kecil tu. Next time pula saya share cara saya ajar my little hooty dan macam mana saya boleh terfikir nak ajar anak saya membaca seawal mungkin. Bukan dgn drill ye tapi dgn cara yg fun dan ikut flow anak.
Hidup ni jangan dirunsingkan dgn perkara yg tak perlu. Peace.