Powered By Blogger

Friday, August 19, 2016

4 mainan yang patut semua anak2 ada untuk perkembangan intelektual mereka

Ala... Baru je habis tengok pasangan badminton regu Malaysia telah kalah dalam perlawanan akhir badminton di sukan Olimpik Rio 2016. Maknanya kita dapat silver lagi, yeay!! (start tulis malam semalam, hari ni baru habis hehe) Tahniah diucapkan pada pasangan regu campuran badminton negara. Begitu juga dgn atlit terjun regu wanita yg memenangi pingat perak dan tak lupa pada azizulhasni awang yg telah memenangi pingat gangsa. Performance atlit Malaysia kali ni nampaknya agak memuaskan. Tak sabar rasanya nak tunggu acara seterusnya.

Assalamualaikum semua.. Kali ni nak citer sikit pasal pilihan mainan my lil hooty. Mainan Hud sebenarnya tak adala special sangat sampai semuanya yang educational sangat je tapi ada beberapa mainan yang patut semua toddlers ada untuk mulakan pembelajaran awal mengenal huruf dan nombor serta perkembangan kognitif mereka. 

1. ABC Blocks
Mainan ni sangat best dan versatile. Satu, ada huruf abc dan nombor. Dua, kat tepi tu ada gambar yang  perkataan dia bermula dari huruf tu. Contohnya, pada blok yang ada huruf B ada gambar bee pada side yg sebelahnya. So, boleh la kita gunakan "B is for bee". Atau boleh juga kita gunakan blok ni untuk eja perkataan yan simple seperti "jam" "art" dan sebagainya. Selain daripada tu, boleh juga digunakan untuk stacking. Anak2 boleh gunakan blok ni untuk bina tower dan sebagainya.




ABC blocks (sumber: google)

2. Shape Sorter
Ha.. yang ni pun penting juga. Takkan nak belajar ABC 123 je kan? Yang lain pun mesti kena belajar juga. Apa yang kita dapat belajar dgn mainan ni ialah warna, bentuk dan juga dapat melatih kemahiran motor anak2 kecil anda. Ada banyak jenis shape sorter ni. Ada bentuk bola, bentuk rumah, bentuk cube, macam2 lagi. Tak kisah la bentuk apa pun sama je. Kalau ada bajet lebih boleh je nak beli yang mahal tetapi yang basic dan murah pun bagus juga. Yang paling penting cara kita gunakannya. Creativity is the key.

Shape sorter ball (sumber: google)


3. Bola
Bola saaangat bagus untuk anak2. Boleh bermula dari baby kecil. Mereka boleh ikut pergerakan bola dengan mata mereka. As they get older they can kick, throw and catch balls. Boleh buat ball pits, atau boleh je baling bola masuk dalam bakul  Atau tendang bola masuk gol. Boleh juga main throw and catch. Diingatkan di sini bahawa bukan anak lelaki je yang boleh atau perlu didedahkan dengan bola, anak perempuan juga bagus bermain bola. 
Masa baru balik dari UK Hud umur 2 tahun takda bola lagi pastu mak ayah I yang asyik suruh belikan Hud tu bola. "Abang (ni adik kita) dulu tak pandai jalan lagi tendang bola kuat2" pastu ada lagi, "Amzar (ni pun adik kita) tu umur tiga tahun Ba dah bawa dia main badminton". Okla, belikan dia bola la kan, kita tak nak anak kita jadi gila pula sebab tak cukup main, hehe. Walau skema mana pun anak kau main bola mesti diorang suka.

.Play catch (sumber: google)  


4. Blocks
Untuk perkembangan intelektual anak2, blocks adalah sangat bagus. Blocks ni macam Lego, Megabloks, dan macam2 lagilah brand lain. Saiz blok mesti sesuai dengan umur anak2. Contohnya brand Lego ada Duplo yang bersaiz besar daripada Lego biasa untuk toddlers. Macam Megablok pula memang saiz besar so memang sesuai untuk tangan kecil si manja anda. Kenapa saiz penting? Selain daripada mudah untuk anak2 pegang, safety issue juga memainkan peranan penting. Saiz mainan yang kecil amat berbahaya dengan risiko tertelan dan sebagainya. Tapi tau2 je la benda alah ni semua mahal giler kat Malaysia. So, kalau kurang bajet belikan je yang dari China pun takpe asalkan boleh cantum dan cabut dengan mudah bersesuaian dengan umur anak anda. Yang penting sekali blok ni boleh digunakan dari baby start merangkak sampai la umur prasekolah. Di peringkat awal, mereka akan bermula dengan stack dan susun blok2 ni. Semakin menigkat usia mereka, mereka akan mula membina sesuatu seperti bangunan ke atau buat animals  ke.  

Duplo Lego (sumber: google)


Mega Blok (sumber: google)

These 4 toys can be played as early as they start to crawl. Tapi abc blok yang kayu tu berat tau, kena monitor lebih sikit sebab kang ada yang baling kena kepala mau menjerit satu kampung dengar, if you know what I mean. 

Ok, nak bagi reminder sikit je. Kalau boleh jangan bagi anak2 mainan seperti superheroes atau princess diperingkat awal. Satu, sebab tak membantu perkembangan minda. Dua, tahyul dan tak realistik. Tiga, sebenarnya bahaya juga sebab kalau korang pernah dengar berita2 seperti kanak2 berangan jadi superhero pastu terjun bangunan sebab dia ingat dia boleh terb ng macam superhero tu. Kalau dah besar sikit takpela kalau boleh kawal jangan bagi mereka ingat yang benda ni betul. Contohnya lepas tengok citer Boboiboy, cakapla kat diorang Boboiboy ni bukan betul pun saje seronok2 je. Something like that la. Jangan galakkan anak2 jadi macam diorang sudah. Nak halang terus pun tak boleh juga kan. Lagi baik dedahkan mereka dengan kisah para Nabi atau para sahabat dan jadikan mereka superhero atau idol mereka. Tapi, kalau dah start bagi janganlah tiba2 terus rampas dari diorang. Diorang sayang mainan diorang. Itu harta mereka. Slowly kurangkan kebergantungan mereka pada watak yang tak real. 
"Kawan2 nak jadi superhero yang sebenar? Jadilah subuh warrior" Islam is first class, ngeeee......

Wallahualam. Yang baik dariNya dan yang buruk dari pihak saya sendiri. Jadikan tulisan ini sebagai satu guideline yang santai je. Banyak lagi sumber yang pakar dan sahih yang perlu dijadikan rujukan. Later, maybe  nak share kepentingan membaca di usia yang awal.

Sekian, majulah sukan untuk negara.  



Rujukan:
1. http://www.parents.com/baby/development/intellectual/3-best-toys-for-intellectual-development/
(Sori la rujukan dahlah satu je tak senonoh pulak tu cara merujuk)

No comments:

Post a Comment